Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangi terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van di Jalan Taman Mutiara Biru, Sungai Kob, malam tadi.<br /><br />Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 10.23 malam melibatkan motosikal jenis Yamaha 135LC dengan van jenis Toyota Hiace.
